Rumah Mampu Milik Saujana Perdana Seri Kenanga Rumah Selangorku

Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku Seri Kenanga ialah Rumah Bandar 2½ tingkat direka dengan gabungan moden dan kontemporari untuk memberikan sebuah kediaman yang tenang dan selesa. Kediaman yang indah dan mempersonakan ini terletak di Saujana Perdana, sebuah perbandaran yang lengkap dan terancang.

Lokasinya yang strategik dengan akses ke pelbagai lebuh-raya menjadikan Saujana Perdana sebagai pilihan utama ramai orang untuk menetap di sini. Ruang Dalaman Yang Selesa dan Besar Seri Kenanga sebuah kediaman yang indah dapat memberikan keselesaan yang menyeluruh kerana ia direka bercirikan ruang dalaman yang luas lagi elegan. Rekaan yang unik ini dapat menjadikan Seri Kenanga sebuah kediaman yang harus anda miliki pada harga yang kompetitif.

Saujana Perdana Seri Kenanga Rumah Selangorku Affordable Homes in Malaysia

Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku Quick Fact

Ijok

Location : Kuala Selangor

Rm250k*

*Price from

178

Units Available

Rumah Selangorku

Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku

About The Property : Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku

Property Name

Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku

Property Type

Rumah Mampu Milik – 2 1/2 storey town house

Units on Sale

178 units

Built-up area

RUMAH SELANGORKU JENIS D (20X60) 1200 sq.ft

Selling Price

RM 250,000*

* Prices are subject to change
** Concept design illustrations depend on permission from Local Authorities

Project Status

04/30/2021

Features

3 bedrooms

Land Status

Leasehold

Lokasi Yang Strategik

Terletak Di Perbandaran Yang Lengkap Saujana Perdana Seri Kenanga Rumah Selangorku terletak di perbandaran yang pesat membangun dengan pelbagai kemudahan dan mudah diakses melalui berbagai lebuh-raya. Perbandaran terancang, di tambah pula dengan persekitaran hijau dan terletak di lokasi yang strategik, Saujana Perdana Seri Kenanga Rumah Selangorku semestinya adalah satu pelaburan yang mampan untuk anda.

Akses Lebuh Raya & Jalan Utama

  • Lebuhraya Shah Alam – Persiaran Mokhtar Dahari
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya LATAR
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Sungai Buloh – Kuala Selangor

Kemudahan

  • Sekolah Rendah Agama
  • Sekolah Kebangsaan
  • Restoran & kedai serbaneka
  • Pusat Komersial SU Mall
  • Bank komersial
  • Pusat pra-sekolah swasta
  • UiTM Puncak Alam
  • Hospital Sungai Buloh

Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku Testimony

Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku adalah sebuah rumah mampu milik yang terletak di Ijok, Kuala Selangor. Dengan harga yang sangat mampu milik dan ruang rumah yang luas akan menjadikan projek perumahan ini akan menjadi pemangkin kepada projek perumahan mampu milik di Malaysia pada masa akan datang.

Mohammad

https://rumahmampumilik.com

Contact Developer / Sales Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku

Contact Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) - Rumah Selangorku

Exploring Rumah Selangorku: Past, Current, and Future Projects

Pengumuman Penting Dari Rumah Selangorku

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.

Semua permohonan Rumah Selangorku boleh dilakukan secara PERCUMA dan wajib dilakukan secara atas talian (online) SAHAJA melalui laman web https://ehartanah.lphs.gov.my. Bagi pemohon Warga Emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan bagi melaksanakan pendaftaran daripada Pejabat ADUN / Pihak Pemaju / Ahli Keluarga terdekat.

Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan agar mendapatkan pengesahan segera daripada LPHS bagi sebarang keraguan mengenai urusan permohonan dan / atau penawaran Rumah Selangorku oleh mana-mana orang, persatuan, pertubuhan atau syarikat yang mendakwa bertindak sebagai ejen bagi pihak LPHS untuk mengelakkan kes penipuan yang akan menyebabkan kerugian.

Sekiranya terdapat mana-mana individu yang telah memohon Rumah Selangorku melalui ejen terlibat tanpa melalui LPHS, tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh LPHS bagi menghalang sebarang urusan pengeluaran hakmilik strata rumah tersebut.

Garis Panduan Permohonan Rumah Selangorku

Garis Panduan Permohonan Saujana Perdana Seri Kenanga Type D Rumah Selangorku

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan.
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    6. Penyata KWSP (jika ada); dan
    7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Syarat Kelayakan Rumah Selangorku

Adakah anda layak memohon membeli Rumah Selangorku? Berikut adalah syarat-syarat utama kelayakan pemohon.

  1. Kewarganegaraan : Pemohon adalan warganegara Malaysia.
  2. Had Umur : Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  3. Pemilikan Rumah : Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
  4. Had Pendapatan : Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.

Proses Permohonan Rumah Selangorku

Anda ingin memohon Rumah Selangorku? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

  1. Pendaftaran Pengguna : Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  2. Hantar Permohonan : Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  3. Proses Kelulusan : Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  4. Muat Naik Dokumen : Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  5. Surat Tawaran : Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  6. Pindah Ke Kediaman : Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.
error: