Seri Kenanga

Seri Kenanga Saujana Perdana menawarkan rumah teres 2½ tingkat dengan harga bermula sekitar RM250,000. Terletak di Sungai Buloh, kawasan ini menampilkan reka bentuk moden, ruang luas, serta akses mudah ke lebuh raya utama dan kemudahan harian.

Pengenalan

Seri Kenanga ialah Rumah Bandar 2½ tingkat direka dengan gabungan moden dan kontemporari untuk memberikan sebuah kediaman yang tenang dan selesa. Kediaman yang indah dan mempersonakan ini terletak di Saujana Perdana, sebuah perbandaran yang lengkap dan terancang. Lokasinya yang strategik dengan akses ke pelbagai lebuh-raya menjadikan Saujana Perdana sebagai pilihan utama ramai orang untuk menetap di sini.

Kelebihan

Ruang Dalaman Yang Selesa dan Besar

Seri Kenanga sebuah kediaman yang indah dapat memberikan keselesaan yang menyeluruh kerana ia direka bercirikan ruang dalaman yang luas lagi elegan. Rekaan yang unik ini dapat
menjadikan Seri Kenanga sebuah kediaman yang harus anda miliki pada harga yang kompetitif.

Kemudahan Lengkap

Saujana Perdana tersedia dengan segala akses ke pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah, pusat perniagaan dan lain-lain. Sistem rangkaian jalanraya yang komprehensif dapat menghubungkan kawasan kediaman, pusat perniagaan dan runcit dengan mudah.

Nikmati ketenangan dan kehidupan moden di bandar yang pesat berkembang. Rumah impian anda menanti di Saujana Perdana – Seri Kenanga. Direka dengan gaya hidup moden dan ruang yang luas bercirikan konsep kontemporari.

*Pengecualian duti setem pindah milik
*Pengecualian duti setem pinjaman

Lokasi Yang Strategik

Terletak Di Perbandaran Yang Lengkap : Saujana Perdana terletak di perbandaran yang pesat membangun dengan pelbagai kemudahan dan mudah diakses melalui berbagai lebuh-raya.

Perbandaran terancang, di tambah pula dengan persekitaran hijau dan terletak di lokasi yang strategik, Saujana Perdana semestinya adalah satu pelaburan yang mampan untuk anda.

Lokasi & Capaian

Kemudahan

• Sekolah Rendah Agama
• Sekolah Kebangsaan
• Restoran & kedai serbaneka
• Pusat Komersial SU Mall
• Bank komersial
• Pusat pra-sekolah swasta
• UiTM Puncak Alam
• Hospital Sungai Buloh

Specifikasi

*  Prices are subject to change
** Concept design illustrations depend on permission from Local Authorities

Hubungi Kami

Developer / Sales

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

Rumah Selangorku

Garis Panduan Permohonan

Syarat Kelayakan

Adakah anda layak memohon membeli Rumah Selangorku? Berikut adalah syarat-syarat utama kelayakan pemohon.

  1. Kewarganegaraan : Pemohon adalan warganegara Malaysia.
  2. Had Umur : Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  3. Pemilikan Rumah : Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
  4. Had Pendapatan : Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.

Proses Permohonan

Anda ingin memohon Rumah Selangorku? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

  1. Pendaftaran Pengguna : Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  2. Hantar Permohonan : Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  3. Proses Kelulusan : Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  4. Muat Naik Dokumen : Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  5. Surat Tawaran : Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  6. Pindah Ke Kediaman : Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.

More posts

error: