Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.
Semua permohonan Rumah Selangorku boleh dilakukan secara PERCUMA dan wajib dilakukan secara atas talian (online) SAHAJA melalui laman web https://ehartanah.lphs.gov.my. Bagi pemohon Warga Emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan bagi melaksanakan pendaftaran daripada Pejabat ADUN / Pihak Pemaju / Ahli Keluarga terdekat.
Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan agar mendapatkan pengesahan segera daripada LPHS bagi sebarang keraguan mengenai urusan permohonan dan / atau penawaran Rumah Selangorku oleh mana-mana orang, persatuan, pertubuhan atau syarikat yang mendakwa bertindak sebagai ejen bagi pihak LPHS untuk mengelakkan kes penipuan yang akan menyebabkan kerugian.
Sekiranya terdapat mana-mana individu yang telah memohon Rumah Selangorku melalui ejen terlibat tanpa melalui LPHS, tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh LPHS bagi menghalang sebarang urusan pengeluaran hakmilik strata rumah tersebut.
You must be logged in to post a comment.