Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku Harmony Villa

One of the hottest 2-storey affordable homes for Rumah Selangorku Harmony Villa is located at Kuala Selangor. Available only Type D. Price is reasonable too.

Rumah Selangorku Harmony Villa Affordable Homes in Malaysia

Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D)

Kuala Selangor

Rm250k*

*Price from

Contact Developer

Units Available

Rumah Selangorku

Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D)

About Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D)

About The Property : Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D)

Property Name

Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D)

Property Type

Rumah Mampu Milik -RUMAH SELANGORKU JENIS D (20X60) 2 storey house.

Units on Sale

Contact developer

Built-up area

  • RUMAH SELANGORKU JENIS D (20X60)

Selling Price

RM 250,000.00*

* Prices are subject to change
** Concept design illustrations depend on permission from Local Authorities

Project Status

  • 12/01/2018

Land Status

Freehold

https://ehartanah.lphs.gov.my

Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D) Reviews

One of the hottest 2-storey affordable homes for Rumah Selangorku Harmony Villa is located at Kuala Selangor. Available only Type D. Price is reasonable too.

Mohammad

https://rumahmampumilik.com

Contact Developer / Sales Rumah Selangorku Harmony Villa (Type D)

Contact Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

Pengumuman Penting Dari Rumah Selangorku

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.

Semua permohonan Rumah Selangorku boleh dilakukan secaraPERCUMAdan wajib dilakukan secara atas talian (online)SAHAJAmelalui laman webhttps://ehartanah.lphs.gov.my. Bagi pemohon Warga Emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan bagi melaksanakan pendaftaran daripada Pejabat ADUN / Pihak Pemaju / Ahli Keluarga terdekat.

Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan agar mendapatkan pengesahan segera daripada LPHS bagi sebarang keraguan mengenai urusan permohonan dan / atau penawaran Rumah Selangorku oleh mana-mana orang, persatuan, pertubuhan atau syarikat yang mendakwa bertindak sebagai ejen bagi pihak LPHS untuk mengelakkan kes penipuan yang akan menyebabkan kerugian.

Sekiranya terdapat mana-mana individu yang telah memohon Rumah Selangorku melalui ejen terlibat tanpa melalui LPHS, tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh LPHS bagi menghalang sebarang urusan pengeluaran hakmilik strata rumah tersebut.

Garis Panduan Permohonan Rumah Selangorku

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yangLENGKAPsahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telahDITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    6. Penyata KWSP (jika ada); dan
    7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam statusSENARAI MENUNGGUakan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Syarat Kelayakan Rumah Selangorku

Adakah anda layak memohon membeli Rumah Selangorku? Berikut adalah syarat-syarat utama kelayakan pemohon.

  • Kewarganegaraan : Pemohon adalan warganegara Malaysia.
  • Had Umur : Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  • Pemilikan Rumah : Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
  • Had Pendapatan : Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.

Proses Permohonan Rumah Selagorku

Anda ingin memohon Rumah Selangorku? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

  1. Pendaftaran Pengguna : Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  2. Hantar Permohonan : Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  3. Proses Kelulusan : Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  4. Muat Naik Dokumen : Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  5. Surat Tawaran : Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  6. Pindah Ke Kediaman : Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.
error: