Pendaftaran PR1MA Residensi Jalan Jubilee Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur Pr1ma Mampu Milik / Affordable Homes in Malaysia
Jadilah sebahagian daripada PR1MA hari ini
Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.
- PENDAFTARAN
Buka akaun anda di www.pr1ma.my Lengkapkan pendaftaran mudah PR1MA dengan segera untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA. - PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media. - PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik. - PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. - PEMILIHAN UNIT
Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan. - PEMBIAYAAN
Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah. - PEMBIAYAAN PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut. - PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONG
Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.
NOTA
- Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
- Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain.
- Rumah PR1MA wajib didiami pemilik.