Discover PPAM: Premier Housing Projects for Malaysian Civil Servants

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM

Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM adalah sebuah projek perumahan yang dikhususkan untuk kakitangan kerajaan. Kami menyediakan portal rumah mampu milik terbesar dengan lebih dari 1000+ hartanah untuk anda miliki. Rumah teres, apartment, kondominium, town house, Semi-D dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. Dapatkan sekarang sebelum terlambat.

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

OBJEKTIF

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

FUNGSI

Cawangan PPAM, Jabatan Perumahan Negara bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan program dan juga sebagai Agensi Pelaksana. Agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya (PJC) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Walau bagaimanapun, PJC juga perlu merujuk kepada Cawangan PPAM, Jabatan Perumahan Negara dari segi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek terutamanya yang melibatkan perkara-perkara dasar.

Peranan Bahagian ini antara lain adalah seperti berikut:

  1. Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan program PPAM
  2. “Single Point of Contact” untuk serahan cadangan PPAM;
  3. Membentangkan cadangan projek PPAM kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM untuk pertimbangan dan kelulusan; dan
  4. Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan PPAM dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPAM

KONSEP

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

GARIS PANDUAN

Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPAM adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak. Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah PPAM menjelang tahun 2018.

PPAM Residensi Amansuri: Affordable Condo in Malaysia

PPAM Residensi Amansuri Condominium Blok A1 Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM Residensi Amansuri Condominium Blok A1 adalah Perumahan Penjawat Awam Malaysia adalah pilihan terbaik kerana berdekatan dengan enam (6) jaringan lebuhraya di Kuala Lumpur. Khas...

Read More

More Selection for Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM

PPAM Pangsapuri Seri Permata: Johor Affordable Home

PPAM Pangsapuri Seri Permata Menara C Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM Pangsapuri Seri Permata Menara C Perumahan Penjawat Awam Malaysia adalah pilihan terbaik kerana serviced apartment ini menawarkan pelbagai kemudahan dan lokasi yang sangat strategik. ...

Read More

More Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAMTo Consider

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM Testimony

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM adalah sebuah inisiatif yang sangat baik oleh Kerajaan Malaysia. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT kerana membangunkan projek perumahan untuk kakitangan awam.

Mohammad

https://rumahmampumilik.com

Contact Developer / Sales Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia

FAQ for Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM

  1. Semua permohonan Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.
  2. Tiada borang secara manual.
  3. Pemohon boleh merujuk manual pengguna di http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem PPAM adalah seperti berikut:

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  1. Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
  2. Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  3. Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  4. Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Boleh dengan syarat pesara tersebut masih hidup, mempunyai Kad Pesara dan hanya seorang anak sahaja boleh ditawarkan PPAM (sekiranya berjaya).

Sila rujuk panduan: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/anak_pesara_v1_0.pdf

error: