Rumah Mampu Milik Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

Inang Rumah Bandar merupakan projek Rumah Selangorku yang terbaharu di Bandar Bukit Raja Kapar, Klang. Ia merupakan rumah bandar yang direkabentuk dengan konsep ruang dalaman terbuka serta anjung kereta seperti sebuah rumah teres. Taman berlanskap di tengah pembangunan turut menjadi kawasan rekreasi yang selamat bagi golongan belia dan kanak-kanak.

Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku Quick Fact

Bandar Bukit Raja

Location : Kapar Klang

Rm200k*

*Price from

Contact Developer

Units Available

Rumah Selangorku

Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

About The Property : Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

Property Name

Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

Property Type

Rumah Mampu Milik -RUMAH SELANGORKU JENIS C (18X60)

Units on Sale

Contact developer

Built-up area

JENIS C (18X60)

Selling Price

RM 200,000*

* Prices are subject to change
** Concept design illustrations depend on permission from Local Authorities

Project Status

04/09/2021

Land Status

Freehold

Property Summary : Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

Lokasi strategik di persekitaran Alam Semulajadi

Bandar Bukit Raja merupakan perbandaran yang serba lengkap yang menawarkan kehidupan yang selesa untuk anda sekeluarga. Alami gaya hidup berkualiti dan ketenangan minda dalam persekitaran lanskap yang menghijau. Perbandaran matang ini juga berdekatan dengan pelbagai prasarana moden di mana setiap keperluan anda ada di sini.

  • Dibangunkan oleh pemajubertaraf antarabangsa
  • Taman rekreasi terbesar di Klang, seluas 125 ekar
  • Dihubungkan dengan rangkaian lebuhraya utama (NKVE, Lebuhraya Persekutuan, SHAPADU dan WCE)
  • Hab komersial dan perindustrian yang menyediakan kerperluan harian dan peluang pekerjaan

Susun atur pelan lantai yang fleksibel

Direkabentuk degan pelan lantai terbuka dan fleksibel untuk memudahkan anda merancang hiasan dalaman rumah anda

  1. Orientasi utara-selatan dapat mengurangkan pancaran matahari dan memberikan pengudaraan semula jadi
  2. Komuniti berpagar
  3. Pondok pengawal
  4. Taman rekreasi
  5. Pusat Komuniti untuk memupuk semangat kejiranan
  6. Anjung kereta di depan kediaman masing-masing

https://ehartanah.lphs.gov.my

Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku Testimony

Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

Mohammad

https://rumahmampumilik.com

Contact Developer / Sales Inang Rumah Bandar Rumah Selangorku

Contact Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

Pengumuman Penting Dari Rumah Selangorku

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.

Semua permohonan Rumah Selangorku boleh dilakukan secaraPERCUMAdan wajib dilakukan secara atas talian (online)SAHAJAmelalui laman webhttps://ehartanah.lphs.gov.my. Bagi pemohon Warga Emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan bagi melaksanakan pendaftaran daripada Pejabat ADUN / Pihak Pemaju / Ahli Keluarga terdekat.

Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan agar mendapatkan pengesahan segera daripada LPHS bagi sebarang keraguan mengenai urusan permohonan dan / atau penawaran Rumah Selangorku oleh mana-mana orang, persatuan, pertubuhan atau syarikat yang mendakwa bertindak sebagai ejen bagi pihak LPHS untuk mengelakkan kes penipuan yang akan menyebabkan kerugian.

Sekiranya terdapat mana-mana individu yang telah memohon Rumah Selangorku melalui ejen terlibat tanpa melalui LPHS, tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh LPHS bagi menghalang sebarang urusan pengeluaran hakmilik strata rumah tersebut.

Garis Panduan Permohonan Rumah Selangorku

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  • Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Hanya permohonan yangLENGKAPsahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Sekiranya status pemohon telahDITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    6. Penyata KWSP (jika ada); dan
    7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam statusSENARAI MENUNGGUakan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

Syarat Kelayakan Rumah Selangorku

Adakah anda layak memohon membeli Rumah Selangorku? Berikut adalah syarat-syarat utama kelayakan pemohon.

  • Kewarganegaraan : Pemohon adalan warganegara Malaysia.
  • Had Umur : Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  • Pemilikan Rumah : Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
  • Had Pendapatan : Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.

Proses Permohonan Rumah Selangorku

Anda ingin memohon Rumah Selangorku? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

  1. Pendaftaran Pengguna : Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  2. Hantar Permohonan : Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  3. Proses Kelulusan : Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  4. Muat Naik Dokumen : Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  5. Surat Tawaran : Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  6. Pindah Ke Kediaman : Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.
error: